Sabtu, 09 Februari 2013

Wanita Melamar Lelaki

Zaman sekarang ini, kalo cari lelaki yang benar-benar soleh bukannya senang. Yang bernama Soleh, Mat Salleh dan Solihin pun belum tentu sesoleh namanya.Bagi gadis-gadis, memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai calon suami adalah amat penting karena suami adalah nakhoda yang akan mengemudi bahtera rumah tangga. Jika nakhoda gagal melaksanakan tanggung jawabnya dengan baik, bahtera pasti akan terumbang-ambing dan akan karam ke dasar lautan.

So, lelaki yang soleh bolehlah diibaratkan seperti barang yang rare. Susah mau dapat, talak jual punya. Jika ditakdirkan anda terjumpa sesuatu yang rare, pasti anda tidak mau melepaskan peluang untuk memilikinya. Jadi, apa yang perlu anda buat jika anda telah bertemu seseorang lelaki yang soleh dan berkualiti?

Jawabannya, LAMARLAH LELAKI ITU!





1. Bolehkah wanita melamar lelaki?
Dalam Islam, samada lelaki atau wanita, anda layak menyatakan hasrat untuk memperisteri atau mempersuami sesiapa sahaja yang anda berkenan asalkan belum lagi menjadi milik orang lain.

Contohilah Siti Khadijah yang terlebih dahulu melamar Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan suaminya setelah terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan dapat membimbing beliau. Dan ternyata perbuatannya itu amat menguntungkan, bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

2. Bagaimana cara hendak melamar lelaki?

Caranya ialah dengan menghantar wakil ataupun orang tengah menjumpai lelaki yang dihasratkan itu lalu menyatakan tentang niat yang mulia tersebut. Maksudnya di sini, pihak wanita yang terlebih dahulu meluahkan perasaannya. Jika pihak lelaki menerima hasrat si wanita yang ingin mempersuamikannya, maka pihak lelaki akan datang melamar si wanita sebagaimana adat masyarakat kita iaitu menghantar rombongan meminang serta langkah-langkah seterusnya mengikut adat kebiasaan.

3. Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?

Perbuatan melamar lelaki yang soleh dan berkualiti bukanlah suatu yang menjatuhkan maruah. Bahkan ia melambangkan bahawa wanita itu mempunyai maruah yang tinggi dan mahu maruahnya dibela oleh lelaki yang layak dan tinggi maruahnya. Dan insyaALLAH, maruah itu akan terus terjaga sampai Hari Akhirat.

Akan tetapi, jika lelaki tersebut menghina atau memerli wanita yang melamarnya, usah risau. Kerana anda tidak rugi satu sen pun kerana terbukti dia bukanlah calon suami yang berkualiti. Jika dia benar-benar soleh, pasti dia akan menghargai anda dan menganggap anda cuma mengikuti sunnah Ummu al-Mukminin, Siti Khadijah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar